Total Pageviews

Tuesday, October 26, 2010

10 sifat calon suami yang BAIK...

sudah pastinya kita mahukan seorang suami/isteri yang baik..sebab kahwin hanya sekali. Namun, adakah ia semudah memilih baju di pasar raya?membeli kuih di pasar?atau memilih mutiara terbaik? pilihan hati mestilah yang terbaik sebab kita akan menjadikannya sebagai pasangan hidup kita, memiliki kehidupan bahagia dan membawa kepada keredhaan Illahi. Kalau hendak memilih suami, harus yang beriman agar dapat membimbing isteri ke jalan yang benar.
memang benar,tiada manusia yang sempurna "Nobody is perfect" tetapi, perubahan harus dilakukan untuk menjadi terbaik...sudah pasti, jika ditanya pada wanita ciri lelaki idaman, jawapan mesti ini :mahukan lelaki yang sedap mata memandang (bonus untuk yang tampan), yang hidung mancung, bermata cantik, "caring", romatik, dan bermacam-macam lagi lah..(kalau nak senaraikan, tak habis cerita hihihi). Tapi bagaimana pula dengan imannya?ibadahnya?bertanggungjawabkah? Di sini, terdapat ciri suami yang seharusnya kita sebagai perempuan cari....


1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.


6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.

Copied from: Maizatul Akmal

Indahnya alam rumah tangga jika ciri ini dapat saya cari pada seorang lelaki kan?hihihi...walau apa pun, sebagai hamba Allah, aku hanya mampu berdoa semoga mendapatkan lelaki yang sebaik ini...aminnn
p/s : untuk kawan-kawan yang akan berumah tangga atau sudah berumah tangga, seoga anda kekal bahagia hingga ke akhir hayat...amin ya rab

No comments:

Post a Comment