Total Pageviews

Tuesday, November 16, 2010

raya di Ipoh huk..huk..huk

salam sume.,,lama tak update blog ni.walaupun dah lama abis exam,kuliah pon dah habis tetapi aku tetap tak da kerajinan nak update huk..huk..huk...
?
?
?
?
esok raya aidiladha dah..tapi aku beraya kat ipoh je taun nih huhuhu...sedih dowh.family semua beraya dengan sedara2..aku jadi mrs lonely kat ipoh  ni..raya dengan kengkawan je la n sembahyang raya di sini je..first time kot raya dengan kengkawan hahahaha...tak pe la..pengalaman sebab lepas ni aku dah keje.bila lagi nak rasa kn?(cehh...ayat penyedap hati)

jelous je dgn kengkawan yang balik kampung, dapat tengok org sembelih lembu,unta etc...aku sedih bukan je sebab tak dapat raya kat kampung, sday nk tinggalkan kengkawn esp budak kelas huhuhu..sday kot, 5 taun setengah bersama..macam2 pengalaman sepanjang 5 taun lebih ni. tadi dah ada sorang kawan aku "empangan" die awal2 dah pecah..aku ni dah le jenis pantang tgk org nangis, berJANGKIT huhuhu..nsb baik dapat dibendung tadi walupun kantoi ngn kengkawan huhuhu...konon nk kuat, tak mau nangis,tp aku ni hati tisu gak..senang je air mata nih nk kuar..meraung le aku ari jumaat nih huhuhuhu...nak bawak baldi la cmni..

buat kengkawan,aku dengan rasa rendah diri meminta ampun dan maaf daripada semua atas kesilapan, terguris hati korang, halal makan minum dan semua ye..mana lah tau, aku pergi dulu. kesalahan dengan manusia hanya boleh terhapus jika dimaafkan..walaupun kita minta ampun dari Allah.maaf tau. aku tak ada simpan dendam pun dekat kengkawan yg aku sayang..
maaf kalo aku ada buat muka, masam muka,cakap sesedap rasa...nobody is perfect.

semua kenangan akan aku ingat insyaallah...kalau korang semua kawin,jgn lupa jemput..insyaallah kalo tak ada ape halangan akan aku usaha untuk hadir ms hari besar korang 2 ye.. all the best dan jadilah guru yang terbaik..ingat,kita ni bakal memanusiakan manusia...diri sediri kena jadi manusia dulu...

Thursday, October 28, 2010

ReZki ohhh ReZki...

DUIT oHHhhhh Duitttt@!!!

Ramai yang runsing kerana tidak cukup duit. Mana nak makan, nak topup, duit minyak, dan macam-macam lagi la.Semua tu perlukan duit. Orang boleh jadi gila kerana duit, jadi marah kerana duit, jadi boros kerana duit, jadi jahat kerana duit. Besar sungguh impak duit dalam hidup manusia. Bila kita fikir, kawan kita dapat elaun/gaji sama banyak dengan kita. Tapi kenapa dia boleh simpan duit? masih boleh makan 3 kali sehari? masih boleh pergi shopping? (ala,itu mak ayag dia yang bagi) Itu jawapan selalu kita dengar kan. 
Tapi kenapa kita tidak selidik dulu punca-punca kenapa kita kurang duit? Rezeki dari Allah, dan semua milik Allah. Kita hanya pinjam sahaja. Jadi, untuk pinjam kena lah buat baik. Kalau dengan manusia, kita kena bodek. Kalau dengan Allah, kena la buat suruhan dan tinggalkan larangan. Senang bukan?
saya nak kongsi dengan pembaca tentang kenapa rezeki.  Saya dapat tips ini dari seorang Ustazah Asni Mansor(yang cantik tu) yang bagi ceramah dalam program Usrah di TV9, baru je tadi hihihi..tajuk ceramah beliau ialah 
'Alahaii....sempitnya rezeki'

1. Cek solat. Adakah kita abaikan solat wajib 5 waktu? kerana diakhirat nanti, solat adalah perkara pertama akan ditanya..bukan sedekah, bukan amalan. Solat merupaka tiang agama, suruhan Allah. Nak mintak rezeki Allah, kena lah ikut suruhan. Betul tak?
2. JANGAN abaikan ibu bapa. Ibu bapa yang menjaga, melahirkan, memberi makan minum dan keperluan kita. Apa salahnya kita jaga ibu bapa, bagi duit gaji, belanja dapur, bagi kebahagian kepada mereka kerana syurga di bawah tapak kaki ibu.
3. Beristighfar- dengan bersungguh-sungguh. Istighfar kerana kita banyak melakukan dosa. 
4. Berdoalah kerana janji Allah kepada manusia  "Ud'uunii astajiblakum", berdoalah kepada-Ku, niscaya Ku-kabulkan. Berdoa dengan bersungguh-sungguh meminta dimurahkan rezeki. Doa pun ada adapnya, baru lah makbul. 

Antara amalan-amalan yang boleh kita lakukan untuk mudah terbuka pintu rezeki ialah:

1. Baiki amalan solat dan meminta Allah ampunkan dosa-dosa kita kerana dosa banyak, maka sempitlah rezeki kita. 
2. Mengamalkan ayat seribu dinar,setiap hari. Terutama waktu pagi.
3. Mengamalkan solat sunat dhuha. Tetapi, solat lima waktu harus diperbaiki dahulu kerana ia WAJIB. 
4. Berdoa sentiasa. Allah akan makbulkan. Itu janjiNya.
5. Nilai semula sumber rezeki yang kita dapat kerana dengan duit kita beli makanan, makanan akan menjadi darah daging, dan menjadi keturunan kita. Berkait bukan? cek balik, kita dah bayar zakat belum?Sumber duit kita halal tak?sudah bersedekah ke? sesungguhnya seorang yang pernah melemparkan sesuap makanan haram ke dalam mulutnya (perutnya), maka tidaklah akan dikabulkan doanya selama selama 40 hari. Siapa saja manusia yang dagingnya tumbuh dari makanan yang haram, maka nerakalah yang berhak untuk orang itu." (HR. Alhaafidh Abubakar bin Mardawih dikutip oleh Alhaafidh Ibnu Kathin dalam tafsirnya).
kalau makanan haram, doa pun tak dimakbulkan. Maka, macam mana pintu rezeki nak terbuka.

Ramai kata, ada je orang kaya tapi abaikan solat. (saya pun kata bergitu hihihi) tetapi, mereka kaya tetapi dimurkai Allah. Itukah yang kita mahu?kita hidup di dunia ini hanya sementara. Kenapa perlu mencari keselesaan hidup didunia tetapi menggadaikan akhirat? subhanallah..
sama-sama kita muhasabah diri. Sempit duit kerana ujian Allah. dan semua didunia ini adalah milik Allah.sekian......

Tuesday, October 26, 2010

10 sifat calon suami yang BAIK...

sudah pastinya kita mahukan seorang suami/isteri yang baik..sebab kahwin hanya sekali. Namun, adakah ia semudah memilih baju di pasar raya?membeli kuih di pasar?atau memilih mutiara terbaik? pilihan hati mestilah yang terbaik sebab kita akan menjadikannya sebagai pasangan hidup kita, memiliki kehidupan bahagia dan membawa kepada keredhaan Illahi. Kalau hendak memilih suami, harus yang beriman agar dapat membimbing isteri ke jalan yang benar.
memang benar,tiada manusia yang sempurna "Nobody is perfect" tetapi, perubahan harus dilakukan untuk menjadi terbaik...sudah pasti, jika ditanya pada wanita ciri lelaki idaman, jawapan mesti ini :mahukan lelaki yang sedap mata memandang (bonus untuk yang tampan), yang hidung mancung, bermata cantik, "caring", romatik, dan bermacam-macam lagi lah..(kalau nak senaraikan, tak habis cerita hihihi). Tapi bagaimana pula dengan imannya?ibadahnya?bertanggungjawabkah? Di sini, terdapat ciri suami yang seharusnya kita sebagai perempuan cari....


1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.


6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.

Copied from: Maizatul Akmal

Indahnya alam rumah tangga jika ciri ini dapat saya cari pada seorang lelaki kan?hihihi...walau apa pun, sebagai hamba Allah, aku hanya mampu berdoa semoga mendapatkan lelaki yang sebaik ini...aminnn
p/s : untuk kawan-kawan yang akan berumah tangga atau sudah berumah tangga, seoga anda kekal bahagia hingga ke akhir hayat...amin ya rab

Sunday, October 24, 2010

kita hanya menghargainya apabila kehilangannya...maka,hargailah selagi ia ada.

manusia mudah lupa...apabila 'sesuatu' ada di hadapan mata,kita tidak akan menghargainya,namun, apabila sudah hilang dari pandangan mata, baru kita sedar akan kepentingan 'sesuatu' itu...
bila ada depan mata, kita marah, cerna, hina, kutuk, benci, dan segala yang negatif lah. 'sesuatu' itu hanya akan jadi manis, baik, mulia, indah dan segala yang positif apabila TIADA lagi di muka bumi pinjaman Allah ini. serta merta jadi positif kn.ada ke gunanya lagi?ermm masing-masing boleh fikir dan buat yang terbaik.

ni ayat drama tadi sebenarnya hee..tajuknya "Taubat Nasuha"..walaupun dah ulang, tapi tetap membuat aku menangis huhuhu..(sedih laa). tapi realitinya pun, kita manusia memang sentiasa lupa. hanya akan menghargai sesuatu selepas kita kehilangannya...jadi, renunglah diri sendiri.

Wednesday, October 20, 2010

15 anugerah Allah pada wanita tidak pada lelaki

1. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis tersebut. lalu Baginda bertanya, “Adakah kamu menyembahyangkan mayat?” Jawab mereka,”Tidak” Sabda Baginda “Seeloknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat kaum orang lelaki.

2. Wanita yang memerah susu binatang dengan ‘Bismillah’ akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

3. Wanita yang menguli tepung gandum dengan ‘Bismillah’, Allah akan berkatkan rezekinya.

4. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.

5. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi.”
6. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat.”

7. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat.”

8. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatit baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.”

9. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya.”

10. Sabda Nabi s.a.w. : “Ya Fatimah setiap wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum kepadanya dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shiratul Mustaqim.”

11. Jika suami mengajarkan atau menerangkan kepada isterinya satu masalah agama atau dunia dia akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
12. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga dan menunggu kedatangan suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
13. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu melabuhkan pakaiannya di dunia ini dengan istiqamah. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.

14. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).

15. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggembirakan kamu, jika engkau memerintahnya ia mentaati perintah tersebut dan jika engkau bermusafir dia menjaga harta engkau dan dirinya. Maksud hadis: Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.


Tuesday, October 19, 2010

ken@ng@n terind@h di P@ngkor

posing
love u all....(^_^)
kenangan yang tak mungkin aku lupakan..e1 members  going 2 vacation!!wahhh..seronok sangat... walaupun tak berapa nk puas hati ngn chalet tu (sangat berkira!mkn dicatu!) tetapi terubat sebab happy disana bersama kengkawan..biarpun selama ni mcm2 dugaan, cubaan dan mcm2 lg berlaku,kami tetap bersama huhuhu...sday plak nk berpisah dh.hanya tinggal sebulan sahaja lagi...
inilah dikatakan kehidupan, berjumpa, berkawan dan berpisah..tp berpisah hanya sementara..hopefully sume still lg keep in touch k walaupun masing2 ti dh membawa diri..
~The End~

Tuesday, October 12, 2010

andai iTu TakDirNya



kita telah ditakdirkan untuk bertemu, berkawan, dan bercinta...bertemu ditempat yg indah dan mulia,bersatu kerana takdirNya. merasa gembira, suka dan duka bersama. tawa riang, tangisan kesedihan, dan gurau senda bersama....aku redha jika ini tentuan Illahi dan kamu pilihan terbaik utk ku,,yg Tuhan janjikan...
aku hanya mampu berdoa agar kita dilanjutkan usia,bertemu jodoh, dan bersatu di Jannah...
for the rest of my life, i'll be with you.....
tika dan saat aku gembira, kau ada...tika aku berduka, kau sentiasa disisi menemaniku....kau la sahabat sejatiku, kaulah kekasih hatiku..aku berharap moga kau akan menjdi pemimpinku.menegur kesalahanku,membentuk diriku menjadi insan yg lebih baik disisi Allah
andai itu takdirnya....

Saturday, October 9, 2010

dinner!
inilah kenangan aku bersama kawan2 sejati aku....huhuhu sday sbb nk berpisah.banyak kenangan kami bersama. susah senang kami hadapi..i will always luv u all..bayangkan 5 taun stgah kami bersama,macam2 kenangan dan pengalaman.kami menjadi TUA bersama di Ipoh nih huhuhu..sdayyyy nyer.pape pon, jgn putus sahabat k.kita tetap bersama hingga akhir hayat,,insyaallah...semua budak kelas e1 juga,syg kamo huhuhu.pada yg nk kawin,nk tunag, nk cari pkwe,,,semoga sukses!

aDam oh AdAmm

sIapakah adamku?hihihi...ari isnin bermula lah adam n maya berutus surat..ntah apa nk tulis kPd adam aku kan... mcm excited jgk la game class aku nih..tp di sebabkan adam ni la gak aku gduh ngn hubby ku huhuhu...pape pon,dh ok (^_^) masing2 dh matang..tak kan nk gdooh je kn?bak kata hubby ku,jln pnyelesaian ada pd diri sdri...tp nasihat hubby,jgn main di tebing2 sungai sbb suatu hr ti kite tetap akan jatuh..(jiwang gak pkwe aku nih kan?hihihi,,,,pape pon, adam sekadar adam.pkwe tetap pakwe...

Friday, September 24, 2010

2month..

hanya tinggal dua bulan lagi je aku menghabiskan sisa hidup kat ipoh..pastu posting.macam2 kenangan yang manis, yg pahit akan aku bawa..macm2 perasan aku sekarang nih.sday ade sbb nk berpisah, dan excited sbb nak kje dh...buat kawan-kawan semua,trima kasih segalanya kerana telah menjadi salah sorg watak dalam hidup aku..terima  kasih atas jasa kalian. kasih syg yg telah kita bina ni, usah diputuskan...biarkan ia terus subur antara kita.

manis, pahit, payau, masin dan segalanya telah menjadi rencah hidup aku selama 5 taun lebih disini...dari nama maktab,bertukar ipip, dan ipg kampus ipoh aku menjadi "tua" di ipoh...

Tuesday, May 25, 2010

BoSannnn!

dh dua hari dok terperap je kat umah huhuhu..bosan sgt2.kengkawan ramai balik..nk g jln2 pon duit dh kering huhuhu...so online 24 jam.tidur pun sebelah laptop..bangun pagi je ngadap laptop dulu,,baru bangun mandi hihihi...
ni nak tunggu sampai ari ahad ni nak wat ape?huhuhuh..sebab 2 la blog ni tercipta hehehe...bagus gak kan?
next week plak ade kursus intel selama 4 hari...huhh! malas btol..