Total Pageviews

Thursday, October 28, 2010

ReZki ohhh ReZki...

DUIT oHHhhhh Duitttt@!!!

Ramai yang runsing kerana tidak cukup duit. Mana nak makan, nak topup, duit minyak, dan macam-macam lagi la.Semua tu perlukan duit. Orang boleh jadi gila kerana duit, jadi marah kerana duit, jadi boros kerana duit, jadi jahat kerana duit. Besar sungguh impak duit dalam hidup manusia. Bila kita fikir, kawan kita dapat elaun/gaji sama banyak dengan kita. Tapi kenapa dia boleh simpan duit? masih boleh makan 3 kali sehari? masih boleh pergi shopping? (ala,itu mak ayag dia yang bagi) Itu jawapan selalu kita dengar kan. 
Tapi kenapa kita tidak selidik dulu punca-punca kenapa kita kurang duit? Rezeki dari Allah, dan semua milik Allah. Kita hanya pinjam sahaja. Jadi, untuk pinjam kena lah buat baik. Kalau dengan manusia, kita kena bodek. Kalau dengan Allah, kena la buat suruhan dan tinggalkan larangan. Senang bukan?
saya nak kongsi dengan pembaca tentang kenapa rezeki.  Saya dapat tips ini dari seorang Ustazah Asni Mansor(yang cantik tu) yang bagi ceramah dalam program Usrah di TV9, baru je tadi hihihi..tajuk ceramah beliau ialah 
'Alahaii....sempitnya rezeki'

1. Cek solat. Adakah kita abaikan solat wajib 5 waktu? kerana diakhirat nanti, solat adalah perkara pertama akan ditanya..bukan sedekah, bukan amalan. Solat merupaka tiang agama, suruhan Allah. Nak mintak rezeki Allah, kena lah ikut suruhan. Betul tak?
2. JANGAN abaikan ibu bapa. Ibu bapa yang menjaga, melahirkan, memberi makan minum dan keperluan kita. Apa salahnya kita jaga ibu bapa, bagi duit gaji, belanja dapur, bagi kebahagian kepada mereka kerana syurga di bawah tapak kaki ibu.
3. Beristighfar- dengan bersungguh-sungguh. Istighfar kerana kita banyak melakukan dosa. 
4. Berdoalah kerana janji Allah kepada manusia  "Ud'uunii astajiblakum", berdoalah kepada-Ku, niscaya Ku-kabulkan. Berdoa dengan bersungguh-sungguh meminta dimurahkan rezeki. Doa pun ada adapnya, baru lah makbul. 

Antara amalan-amalan yang boleh kita lakukan untuk mudah terbuka pintu rezeki ialah:

1. Baiki amalan solat dan meminta Allah ampunkan dosa-dosa kita kerana dosa banyak, maka sempitlah rezeki kita. 
2. Mengamalkan ayat seribu dinar,setiap hari. Terutama waktu pagi.
3. Mengamalkan solat sunat dhuha. Tetapi, solat lima waktu harus diperbaiki dahulu kerana ia WAJIB. 
4. Berdoa sentiasa. Allah akan makbulkan. Itu janjiNya.
5. Nilai semula sumber rezeki yang kita dapat kerana dengan duit kita beli makanan, makanan akan menjadi darah daging, dan menjadi keturunan kita. Berkait bukan? cek balik, kita dah bayar zakat belum?Sumber duit kita halal tak?sudah bersedekah ke? sesungguhnya seorang yang pernah melemparkan sesuap makanan haram ke dalam mulutnya (perutnya), maka tidaklah akan dikabulkan doanya selama selama 40 hari. Siapa saja manusia yang dagingnya tumbuh dari makanan yang haram, maka nerakalah yang berhak untuk orang itu." (HR. Alhaafidh Abubakar bin Mardawih dikutip oleh Alhaafidh Ibnu Kathin dalam tafsirnya).
kalau makanan haram, doa pun tak dimakbulkan. Maka, macam mana pintu rezeki nak terbuka.

Ramai kata, ada je orang kaya tapi abaikan solat. (saya pun kata bergitu hihihi) tetapi, mereka kaya tetapi dimurkai Allah. Itukah yang kita mahu?kita hidup di dunia ini hanya sementara. Kenapa perlu mencari keselesaan hidup didunia tetapi menggadaikan akhirat? subhanallah..
sama-sama kita muhasabah diri. Sempit duit kerana ujian Allah. dan semua didunia ini adalah milik Allah.sekian......

4 comments:

  1. post ini sempena duit tesis masukkan..heheh
    btw thnks kadang2 kita sering kali pertikaikan benda yg sama tentang duit...tp hakikatnye kurangnye duit semuanya berpunca dari kita. entry nie sunguh bermakna tok muhasabah diri kenape kurangnye rezeki kat kita kan..so renung2kn dan selamat beramal....

    ReplyDelete
  2. aisyah : sama-sama mengingati diri.selalu sgt mengeluh tak cukup duit huhuhu

    ReplyDelete
  3. kopisusu:hehehehe yke elaun nak masuk?syukran2...
    batul 2.semua punca dari kita sendiri,how 2 manage our money, how 2 get money...post ni tercipta sebab tgk kat tv td.saje nk share..

    ReplyDelete